Utusan Malaysia: Atas Nama Kemanusiaan
Beginilah ekspresi penderitaan rakyat Palestin yang cuba digambarkan oleh kumpulan koir Dithyrambic pada Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. Kumpulan tersebut yang dianggotai oleh 20 remaja Cina berjaya mencuri perhatian penonton termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin; Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Antara artis popular yang turut membuat persembahan ialah Siti Nurhaliza, Ramli Sarip, Jaclyn Victor, Kumpulan Raihan dan Misha Omar.
Pada majlis tersebut, sebanyak RM10.7 juta telah berjaya dikumpul untuk disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza.– RASHID MAHFOF